Monday, June 20, 2011

Lauk ikan masak pindang

Senang giler!!!

setengah biji bawang besar
halia
kunyit hidup
sebiji cili hidup (belah dua aje)
satu sudu asam jawa diambil airnya
4 ekor ikan selar
sedikit garam
setengah periuk air masak (agak2 tenggelam la ikan tu sume)

cara2nya:
masukkan semua dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih
senangkan!!!! hehe

Saturday, June 11, 2011

Pilih2 design baru!!

Assalamualaikum semua!! kain baru sudah dibeli, jadi kalau sesiapa suka bolehlah tempah dengan ejen2 jualan saya, :) harga satu beg tanpa lining RM18.90 (dinaikkan 90 sen selepas mendapat nasihat expertist) dan beg dengan lining didalamnya berharga RM21.90. Sebarang komen amat dialu-alukan untuk menjadikan beg saya lebih hebat dan bergaya. Silakan tengok :)

















Permintaan bergantung kepada 'siapa cepat dia dapat' sebab kain2 ni saya beli limited, tak banyak, satu kain boleh dapat dua beg, kecuali yang dua teratas dapat satu beg sahaja (sebab dah ada orang cop awal2 :)). InsyaAllah I'll do my best to do the very best ;) terima kasih :)

Friday, June 3, 2011

OST Gemilang



Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangaannn membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka

Wednesday, June 1, 2011

resipi lagi!! sambal kerang

as usual, the picture will be uploaded later~~

1/2 kg kerang
2 sudu besar cili boh
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit gula dan garam
1 sudu besar asam jawa

cara2 :

rebus kerang yang dah dibasuh sehingga airnya mendidih
jangan lupa buang kerangnya ;p
panaskan kira2 4 sudu besar minyak masak sayuran,
tumis cili sehingga pecah minyak
masukkan bawang dan tumis sehingga layu
masukkan air perahan asam jawa
masukkan garam dan gula secuup rasa
dan akhir sekali masukkan kerang
gaul sehingga rata dan siap!! ;p